primbon


Web Site Hit Counters

Sejak:17 Agustus 2013
DAFTAR SAHABAT YG MASUK The truth seeker
Tidak harus menjadi yang pertama,yang penting itu menjadi orang yang melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.


Disclaimer:Artikel,gambar ataupun video yang ada di blog ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain,
dan Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut.Jika kami salah dalam menentukan sumber yang pertama,
mohon beritahu kami
e-mail primbondonit@gmail.com HOTLINE atau SMS 0271 9530328

GAMBAR-GAMBAR dibawah ini BUKAN HANYA IKLAN tapi merupakan LINK SUMBER




Bagi sebagian masyarakat yang mengklaim diri sebagai masyarakat peradaban modern,westernism bahkan sebagian yang mengesankan perilaku agamis yakni hanya bermain-main sebatas pada simbol-simbol agama saja tanpa mengerti hakekatnya,dan kesadarannya masih sangat terkotak oleh dogma agama-agama tertentu.Manakala mendengar istilah mistik,akan timbul konotasi negatif.Walau bermakna sama,namun perbedaan bahasa dan istilah yang digunakan,terkadang membuat orang dengan mudah terjerumus ke dalam pola pikir yang sempit dan hipokrit.Itulah piciknya manusia yang tanpa sadar masih dipelihara hingga akhir hayat.Selama puluhan tahun,kata-kata mistik mengalami intimidasi dari berbagai kalangan terutama kaum modernism,westernisme dan agamisme.Mistik dikonotasikan sebagai pemahaman yang sempit,irasional,dan primitive.Bahkan kaum mistisisme mendapat pencitraan secara negative dari kalangan kaum modern sebagai paham yang kuno,Pandangan itu salah besar.Tentu saja penilaian itu mengabaikan kaidah ilmiah.Penilaian bersifat tendensius lebih mengutamakan kepentingan kelompoknya sendiri,kepentingan rezim,dan kepentingan egoisme(keakuan).Penilaian juga rentan terkonaminasi oleh pola-pola pikir primordialisme dan fanatisme golongan,diikuti oleh pihak-pihak tertentu hanya berdasarkan sikap ikut-ikutan,dengan tanpa mau memahami arti dan makna istilah yang sesungguhnya.Apalagi dalam roda perputaran zaman sekarang,di mana orang salah akan berlagak selalu benar.Orang bodoh menuduh orang lain yang bodoh.Emas dianggap Loyang.Besi dikira emas.Yang asli dianggap palsu,yang palsu dibilang asli.Semua serba salah kaprah,dan hidup penuh dengan kepalsuan-kepalsuan.Untuk itulah Warisjati merangkum beragam artikel dari beberapa sumber tentang pengetahuan Budaya dan tradisi di Nusantara yang merupakan warisan para leluhur yang sarat akan makna dan berbagai artikel lainnya yang saling melengkapi.Dengan harapan membangun sikap arif dan bijaksana dan mengambil pelajaran serta pengetahuan dari budaya masa lalu sebagai warisan leluhur di Nusantara ini.

ORANG YANG DENGAN MUDAHNYA MENGATAKAN SESAT KEPADA SESEORANG
ADALAH ORANG YANG TIDAK atau BELUM PAHAM AKAN DIRINYA SENDIRI



Sabtu, 01 Maret 2014

SYEKH HAJI ABDUR RAUF AL-BANTANI "WALISONGO" Periodesasi ke 9, 1650 – 1750M

Tapak Jejak Walisongo 

SYEKH HAJI ABDUR RAUF AL-BANTANI "WALISONGO" Periodesasi ke 9, 1650 – 1750M

Periodesasi ke 9, 1650 – 1750M, terdiri dari:
  1. Syaikh Abdul Muhyi Pamijahan (tahun 1750 menggantikan Sunan Magelang)
  2. Syaikh Shihabuddin Al-Jawi (tahun 1749 menggantikan Baba Daud Ar-Rumi)
  3. Sayyid Yusuf Anggawi (Raden Pratanu Madura), Sumenep Madura (Menggantikan mertuanya, yaitu Sultan Hadiwijaya / Joko Tingkir)
  4. Syaikh Haji Abdur Rauf Al-Bantani, (tahun 1750 Menggantikan Maulana Yusuf, asal Cirebon )
  5. Syaikh Nawawi Al-Bantani. (1740 menggantikan Gurunya, yaitu Sayyid Amir Hasan bin Sunan Kudus)
  6. Sultan Abulmufahir Muhammad Abdul Kadir ( tahun 1750 menggantikan buyutnya yaitu Maulana Hasanuddin)
  7. Sultan Abulmu’ali Ahmad (Tahun 1750 menggantikan Syaikh Syamsuddin Abdullah Al-Sumatrani)
  8. Syaikh Abdul Ghafur bin Abbas Al-Manduri
  9. Sayyid Ahmad Baidhawi Azmatkhan (tahun 1750 menggantikan ayahnya, Sayyid Shalih Panembahan Pekaos)
SYEKH HAJI ABDUR RAUF AL-BANTANI , 
(tahun 1750 Menggantikan Maulana Yusuf, asal Cirebon )
SYEKH HAJI ABDUR RAUF AL-BANTANI 
Lahir : Banten
Orangtua : Makhalid Khalifah Al-Qadiri 
Menggantikan: Sultan Maulana Yusuf 
Daerah da’wah: Banten dan Jawa Barat

ULAMA yang berasal dari Banten 
Berdasarkan semua karya Syeikh Haji Abdur Rauf bin Makhalid Khalifah al-Qadiri al-Bantani yang ada pada kami, dapat diambil beberapa kesimpulan. 

Pertama, beliau mengembara bermula di Banten, Jawa Barat, Aceh, Yaman, Mekah dan negeri Syam. Antara guru yang beliau sebut sama ada beliau sempat berguru dengannya ataupun guru kepada gurunya ialah Syeikh Abdul Muhyi Karang Pamijahan, Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, Syeikh Muhammad Zain al-Mazjaji dan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi. Syeikh Haji Abdur Rauf al-Bantani menulis bahawa dua tahun (1160 H/1747 M dan 1161 H/ 1748 M) beliau menjadi khadam dua Wali Allah di Mekah. Salah seorang bernama Syeikh Muhammad ath-Thabari (wafat 1163 H/1749 M) dan Syeikh Ibrahim bin Syeikh Thahir al-Kurdi al-Madani.

Penulisan
Manuskrip karya-karya Syeikh Haji Abdur Rauf yang telah dijumpai ialah: 

  1. Manuskrip Risalah fi Bayan Ilmin Nafas, salinan diselesaikan tahun 1112 H/1700 M. Oleh sebab salinan ini diselesaikan tidak sampai dua tahun setelah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati wafat (1110 H/1699 M), dapat disimpulkan bahawa Syeikh Haji Abdur Rauf sempat berjumpa dengan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati. Kandungannya merupakan pengajaran ilmu perjalanan nafas yang terdiri daripada nafas, anfas, tanaffus, dan nufus. Ilmu yang dibicarakan adalah termasuk dalam bahagian ilmu tasawuf dan tarekat.
  2. Risalah Bayan al-Izalah al-Khawathir, diselesaikan pada waktu Asar, hari Rabu, 3 Jamadilawal 1154 H/1741 M.
  3. Masalah Yang Dikarang Oleh 'Arif Billah diselesaikan malam Khamis, enam likur, Rabiulakhir 1214 H/1799 M. Manuskrip yang diperoleh hanyalah salinan oleh Ahmad Terengganu ibnu Idris. Kandungannya membicarakan tasawuf tingkat tinggi atau tasawuf falsafah. Dimulai daripada perbicaraan sifat-sifat Allah dilanjutkan tentang perbicaraan roh. Disebutkan asal ilmu ini ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, turun daripada Haji Abdul Muhyuddin Karang Pamijahan turun daripada Syeikh 'Abdur Rauf al-Asyi. Pada bahagian akhir risalah dinyatakan, “... ini kami mengambil risalah ini karangan Syeikh Masyaikh segala Jawi, iaitu Syeikh Abdur Rauf Aceh, Singkel nama kampungnya.”
  4. Risalah Isyarah Haqiqah, tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan.
  5. Risalah Yang Menghimpunkan Masalah Yang Dikarang Ahli Tasawuf Arif Billah tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan.
  6. Mukhtasar Tasnif Syaikh Masyaikh Yang Kamil Mukammil Syeikh Abdur Rauf Ibnu Ali tidak dinyatakan tarikh. Kandungan merupakan petikan dan ringkasan karangan Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang membicarakan tanda-tanda untuk mengetahui kematian serta tatacara melakukan zikir.
  7. Risalah Tarekat asy-Syathariyah tidak dinyatakan tarikh selesai penulisan. Manuskrip ini kami peroleh pada 27 Ramadan 1426 H/30 Oktober 2005 M. Oleh sebab banyak terdapat perkara baru dalam manuskrip ini, yang selama ini masih belum diketahui, maka ia perlu dibicarakan agak panjang.


Maklumat sebelum ini yang diketahui ialah Syeikh Abdur Rauf ialah pengamal Tarekat Qadiriyah, bahkan pada hujung nama beliau digelar sebagai Khalifah Qadiriyah. Setelah ditemui Risalah Thariqatisy Syathariyah dapat diketahui beliau juga pengamal Tarekat Syathariyah. Sungguhpun risalah yang dibicarakan ini mengenai Tarekat Syathariyah, namun pada permulaan kalimat beliau tetap memakai nama lengkap dengan Syeikh Abdur Rauf bin Makhalid Khalifah al-Qadiriyi al-Bantani dan tidak memakai nama sebagai Khalifah asy-Syathariyi.

Syeikh Abdur Rauf menyebut bahawa beliau menerima Tarekat Syathariyah daripada Wali Allah Syeikh Ibrahim bin Syeikh Thahir al-Madani. Selanjutnya beliau berkata, Syeikh Thahir al-Madani menerimanya daripada Syeikh Hasan al-Ajami. Syeikh Hasan al-Ajami menerima daripada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Yang perlu diperhatikan dalam salasilah ini ialah nama Syeikh Thahir al-Madani, ayah beliau ini ialah Syeikh Ibrahim bin Hasan bin Syihabuddin al-Kurdi al-Kurani (wafat 1101 H/1689 M).

Salasilah
Syeikh Abdur Rauf juga seorang ahli dalam Tarekat Naqsyabandiyah. Salasilah beliau mengenai tarekat ini adalah berdasarkan tulisan keturunan murid beliau bernama Ali bin Sulaiman Kuala Mempawah dalam karya berjudul Ilmu Akidah yang disiapkan pada hari Ahad, bulan Jamadilakhir 1298 H/Mei 1881 M. Diterangkan bahawa Ali bin Sulaiman Kuala Mempawah belajar kepada Tuan Haji Sulaiman. Tuan Haji Sulaiman belajar kepada Tuan Imam Malim Kaya. Tuan Imam Malim Kaya inilah murid Syeikh Abdur Rauf. Syeikh Abdur Rauf dibaiah Tarekat Naqsyanbandiyah oleh Syeikh Muhammad Zain bin Syeikh Zain. Beliau ini dibaiah oleh ayahnya sendiri Syeikh Zain al-Mazjaji. Salasilah selengkapnya hingga yang lebih atas kami tinggalkan saja. Ia belum dapat dibicarakan dalam artikel ini.

Sebagai keterangan ringkas salasilah di atas perlu kami sentuh bahawa berdasarkan beberapa bukti, penulisnya Ali bin Sulaiman kemungkinan adik-beradik dengan Syeikh Muhammad Yasin Kedah yang berhijrah dari Kedah ke Kuala Mempawah. Ali adalah anak Tuan Haji Sulaiman yang ada hubungan dengan ulama di Aceh. Oleh itu, gurunya Tuan Imam Malim Kaya adalah ulama yang berasal dari Aceh. Belum dapat dipastikan adakah Tuan Imam Malim Kaya belajar daripada Syeikh Abdur Rauf ketika di Mekah ataupun ulama Banten yang suka mengembara itu pernah sampai ke Aceh.

Ditinjau daripada salasilah Syathariyah, hanya satu tempat yang tersebut saja merupakan maklumat baru, ditinjau daripada huraian kandungan Risalah Thariqatisy Syathariyah memang banyak perkara baru. Kitab-kitab mengenai Tarekat Syathariyah lebih awal ditulis oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, dan yang kemudian ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Namun beberapa perkara yang masih kurang tersebar yang tidak terdapat dalam karya-karya lain ternyata terdapat dalam Risalah Thariqatisy Syathariyah oleh Syeikh Abdur Rauf yang sedang dibicarakan ini. Masih pada mukadimah lagi, Syeikh Abdur Rauf menyebut, “...Tarekat Syathariyah, tarekat segala Auliya' yang besar-besar.”

Antara perkara yang dihuraikan lebih lengkap daripada naskhah lain seperti pada adab duduk, kata beliau, “Kelima, duduk menghadap kiblat serta bersila. Maka urat lututnya yang kiri disepitnya dengan ibu kaki yang kanan.” Adab yang kesembilan disebutkan Fatihah tawassul dihadiahkan untuk Syeikh Abdur Rauf, tanpa menyebut Syeikh Abdur Rauf yang mana dimaksudnya. Dipercayai adalah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Walaupun salasilah Tarekat Syathariyah, beliau secara lurus tidak menyentuh ulama besar yang berasal dari Aceh itu, namun bertemu Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Sesudah menyebut ahli salasilah tempat tujuan tawassul lalu dinyatakan doa tawassul yang khusus, yang doa tersebut belum dijumpai dalam semua naskhah Tarekat Syathariyah bahasa Melayu. Termasuk adab yang paling penting dalam disiplin tasawuf ialah mematuhi guru. Sangat banyak perkataan gurunya beliau pindahkan ke dalam naskhah Risalah Thariqah asy-Syathariyah. Syeikh Abdur Rauf menulis, “...kata orang ahlillah, dan lagi menyuruh guru kami, yang Kamil Mukammil iaitu Syeikh Ibrahim anak Syeikh Thahir Madinah ar-Rasul kepada fakir....”

Kerana terlalu banyak yang diperkatakan, antara petikannya dilanjutkan dengan tulisan beliau, “...serta yakin kepada guru serta petunjuk, kerana guru ini menunjuk kepada jalan keselamatan. Sebab inilah disuruhkan guru kami. Kerana guru ganti Nabi s.a.w. sebab inilah kita wajib mengikut akan pesuruh-Nya. Dan kata guru kami, “Janganlah engkau lupa dan lalai akan yang disuruh oleh guru, kerana jika durhaka kepada guru, nescaya sesat dengan sesat yang terlalu jauh.”

Syeikh Abdur Rauf menutup Risalah Thariqatisy Syathariyah, dengan katanya, “...jangan engkau lupa dan lalai akan zikir ini, kerana perbuatan segala Auliya' yang besar-besar, kerana jalan kepada Allah s.w.t.. Dan barang siapa tiada gurunya, maka syaitan gurunya. Sebab itulah wajib berguru akan jalan ini. Jangan engkau syak lagi akan hal perbuatan ini, kerana jalan segala Anbiya' dan Auliya' sekali-kali jangan lupa dan lalai kepada Allah. Dan lagi, janganlah lupa dan lalai akan zikir Allah, Allah siang dan malam itulah. Sekalian itu disuruh guru kami kepada fakir yang hina.”
///Source///

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

SEMANGAT PAGI....SUKSES Untuk SEMUA
JIKA ANDA PIKIR BISA PASTI BISA..!
Maaf apabila dalam pengambilan GAMBAR dirasa VULGAR
(Gambaran ini Hanyalah FAKTA sesuai dengan ASLINYA)
dan TIDAK Mutlak untuk diperdebatkan......................!!!
AKU CINTA NUSANTARAKU

KEBERLANGSUNGAN

Sedekah(Bisa Menunda Kematian)
KLCK aja ICON dibawah untuk Baca berita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...